Assalam…

sangat menyentuh hati bila baca cerita ini..

sayangilah ibu anda..

sob..sob..15x

saya terima email nih from my fren..

i would like to share it with u all..

baca dulu..dan anda akan turut terharu…

macam saya..
> Paparan saya, Tafsiran anda…
>
>
> For those yang bergelar ibu dan anak yg masih mempunyai ibu..Kasih dan
> sayang ibu sentiasa berkekalan…
>
>
> IBU MITHALI
>
> PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya,
> telah terkalung pingat “Ibu Mithali”. Tangan kanannya menggenggam erat
> satu
> sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah
> iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.
>
> “Sekarang …,” suara pengacara majlis bergema kembali, “Tibalah kita
> kepada penerima anugerah “Ibu Mithali” yang terakhir. Penerima ini agak
> lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan
> Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk
> tampil
> memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. ”
>
> Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu.
> Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit
> hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang
> wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.
>
> Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke
> pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang
> kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka
> dijemput?
>
> Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai
> sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung
> ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.
>
> Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima
> sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia
> beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.
>
> ‘Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan
> menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang
> menanti
> hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap
> berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang
> dipakainya.’
>
> Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
>
>
> Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku
> notaku.
> Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk
> memastikan
> penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya
> masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.
>
> Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan
> majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam
> tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas
> dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi
> salam.
>
> Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk
> semeja
> denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas.
> Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.
>
> “Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah,
> kerana
> dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang
> ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak
> penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang
> penerima anugerah “Ibu Misali” tahun ini.”
>
>
> Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada
> percakapan
> gadis itu.
>
> “Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian
> itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat
> saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang
> ,
> disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk
> membantu menjaga anak-anak kandungnya”
>
>
> “Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang
> pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu
> pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman
> video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya
> harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan
> terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan,
> pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga “Ibu Mithali”
> yang baru menerima anugerah sebentar tadi.”
>
>
> Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.
>
> “Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!” suara hadirin semakin
> kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.
>
> “Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang
> merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke
> ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut
> pada
> dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke
> dalam bilik itu, ialah Abang Andak.”
>
> “Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal
> dan
> mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak
> boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir
> hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat,
> seperti budak berumur satu atau, dua tahun.”
>
>
> Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka
> menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.
>
> “Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah
> menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan
> sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak
> kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan
> dan, pakai mereka.”
>
>
> “Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui
> abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa
> daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati
> melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri.”
>
> “Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?”
> Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu
> telah menyemarakkan api radang saya
>
> “Tapi, mak tak adil!” Saya kerap membentak. “Mak buat segalagalanya untuk
> kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!”
>
> “Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka
> cacat!” Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. “Sebab itulah mak
> terpaksa
> membantu mereka.”
>
>
> “Mereka cacat apa, mak?” Saya membeliakkan mata kepada mak. “Semua anggota
> mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta.
> Yang betulnya, mereka malas, mak!”
>
> “Mirah … Mirah belum faham, sayang.” Suara mak akan menjadi sayu tiap
> kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan
> itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.
>
> “Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu
> bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma
> sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau
> menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
> Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu.
> Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak
> terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin
> mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu
> mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu,
> memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan
> kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya.”
>
> “Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak.” Saya
> pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
> “Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah
> orang
> lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi.”
>
> “Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan
> petugas-petugas di rumah kebajikan.” Begitu reaksi mak setiap kali saya
> mencadangkan hal itu.
>
> “Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
> Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar
> yang
> telah sedia terentang di hadapannya.”
>
> “Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua
> belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun.
> Ayah
> terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan
> untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
> Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali
> mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan
> kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka.”
>
>
> Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis
> itu.
>
> “Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan
> kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup
> menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak
> benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan
> makan.
> Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja.
> Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air
> ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang
> pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
> Penat saya membersihkannya. ”
>
>
> “Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya
> lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus
> melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah
> mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke
> rumah ibu untuk mencari ketenangan.”
>
> “Ibu!” Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. “Kenapa ibu bagi Mirah kepada
> mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang
> lebih menyayangi Mirah, bukan mak.”
>
> “Mirah!” Ibu merangkul saya. ” Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu
> bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah.”
>
> “Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila
> situasi
> itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya.
> Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga
> saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak
> dapat menjaga seorang anak normal.
>
> Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami.”
>
> “Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar
> dan
> cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan
> menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih
> dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal
> bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi
> Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain.”
>
> “Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu
> tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?”
>
> “Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala
> saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga
> abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh
> hati.
> Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena
> lempanglah.”
>
> “Mak adu semua kepada ibu, Ya?” Saya masih mahu berkeras meskipun saya
> tahu
> saya bersalah.
>
> “Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang
> kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan
> mak.”
>
> “Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu.”
>
> “Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu
> dapat meringankan penderitaan mak.
>
> Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak.”
>
> “Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu.”
>
> “Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada
> apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah.
> Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak
> pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga.
> Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan
> meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak
> lihat
> Mirah terima hadiah.”
>
> “Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya
> tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu.”
>
> “Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu
> kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang
> diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru.”
> “Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak
> yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak
> dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana
> saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus
> resah-gelisah.
> ”
>
> “Mirah,” panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik
> saya. “Mirah.”
>
> “Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur.”
>
> “Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. “Mirah dah
> tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan
> kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak
> tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi,
> keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak
> tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga
> abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah”
>
> Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya.
> Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap
> wajah
> mak ketika itu.
>
> “Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak.”
>
> Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi
> gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak
> gugur
> menimpa serata muka dan leher saya.
>
> “Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah
> segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah
> telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah.
> ..”
>
> “Mak!” Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang
> lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak
> tangis.
>
>
> Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya
> terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai
> keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang-
> abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.
>
> Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis
> itu berbicara.
>
> Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima
> ,
> saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah,
> di
> sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.
>
> “Kenapa Mirah tolak tawaran itu?”
>
> “Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan
> sempurna?”
>
> “Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan
> daripada abang-abang dan kakak-kakak! ”
>
> “Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?”
>
> Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip
> memandang saya.
>
> “Mak, ayah.” Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
>
>
> “Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping
> dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. ”
>
> “Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah
> menengah itu, bukannya senang.” Mak masih meragui keupayaan saya.
>
> “Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah
> semasa di sekolah menengah nanti,” balas saya penuh yakin.
>
> Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka
> terus
> memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah
> mereka.
> Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi
> pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.
>
>
>
> Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya
> daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan
> pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu.
> Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran
> didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.
>
> Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh
> semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar
> ceritanya
> dengan penuh minat.
>
> “Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran
> di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan
> dalam
> bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin
> menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di
> samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya
> manfaatkan
> bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. ”
>
> “Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru
> pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah
> yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan
> mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya.”
>
> “Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang
> dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa
> kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah.”
>
> “Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada,
> bang?” suara mak diamuk pilu.
>
> Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, “Entahlah. Takkan kita nak harapkan
> Mirah pula?”
>
> “Mirah bukan anak kandung kita.” Mak meningkah. “Kita tak boleh salahkan
> dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya.”
>
> “Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib
> abang-abang
> dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan
> saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan
> tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah
> dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan
> mereka,
> adalah tangan yang sama, tangan mak.”
>
> Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk
> sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin,
> khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.
>
> Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai
> pencalonan anugerah “Ibu Misali” dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak,
> di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan
> merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk
> menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada
> orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak “Ibu
> Misali” yang lain.
>
> “Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai
> banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan
> mak
> tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada
> rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak
> dan ayah.”
>
> “Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak
> masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima
> anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi
> setelah mak mendengar pengisahan “Ibu Misali” pertama, kedua dan ketiga.
> Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana
> mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan.”
>
> “Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah
> ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan
> ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda
> yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel,
> segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental.”
>
> “Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya
> kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai
> salah seorang penerima anugerah “Ibu Misali” tahun ini. Semoga pemilihan
> mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan
> mak.”
>
> “Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. ”
>
> Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.
>
> Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku
> sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi
> kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran
> cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap
> gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya
> yang
> telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.
>
> ‘Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha
> mendapat
> skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.’
> Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.
>
> Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian
> yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.
>
> “Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak
> sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri
> Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan “Ibu
> Mithali” untuk menyampaikan anugerah “Ibu Mithali” serta beberapa hadiah
> iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan.”
>
> Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya
> melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya
> menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia
> terduduk kembali di atas kerusi.
>
> Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang
> mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau
> menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.
>
> Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian,
> seorang demi seorang penerima anugerah “Ibu Mithali” sebelumnya, naik ke
> pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah
> hujan air mata penerima anugerah “Ibu Mithali” yang terakhir itu.