Alhamdulillah..

sebab ke mana sahaja aku pergi..

aku dipertemukan dengan sahabat2 yang dapat membimbingku ke arah BAROKAH..

Masa study dulu..

aku punya kawan2 yang sangat2 baek dan sentiasa membantuku mnjadi yang lebih baek..

Sekarang kat tempt kerja baru..

aku bertemu dengan kawan2 yang baru yang x kurang baeknyer..

Yang bestnye..

tiap2 jumaat waktu lunch, kami berkumpul untuk discuss pasal hadis2..dari buku hadis 40..

Tiap kali jumpa, satu hadis akan dibincangkan..

Last 2 weeks, kitorang berbincang pasal Hadis Ke 5..

Menolak kemungkaran dan Bid’ah..

Ringkasannya..

Ummul Mukminin, Ummu Abdillah, ‘Aisyah ra. berkata,

Rasulullah saw. telah bersabda,

“barangsiapa yang membuat-buat hal baru dalam urusan (ibadah) yang tidak ada dasar hukumnya maka ia tertolak.”

(h. r. Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis riwayat muslim, Rasulullah saw bersabda,

“barangsiapa melakukan amalan, yang tidak didasari perintah kami, maka ia tertolak.”

Bid’ah nih dah terlalu banyak pada masa ini dan kadangkala x disedari oleh kita..

kadangkala sukar untuk dielakkan..

Contoh terbaek ialah amalan tahlil yang turun temurun dilakukan dan diamalkan oleh masyarakat muslim Malaysia..

Tahlil nih selalunya kite lakukan selepas sahaja berlaku kematian salah seorang dari kite…dan disebutkan nama si mati dalam tahlil..

Tahlil menjadi kewajipan kepada anak2 simati yang soleh dan solehah tapi kalau diikutkan tidak membawa erti jika dibacakan oleh orang lain dgn niat untuk sedekahkan kepada simati…

sebab apa?

sebab telah kite ketahui yang mana hanya ada 3 sahaja perkara atau SYafaat yang diterima oleh seseorang sebaik sahaja ia meninggal dunia..

Pertama..amalan2 kebaikan dan jariah semasa di dunia..

Kedua..ilmunya yang dimanafaatkan oleh orang yang masih hidup..

Ketiga.. doa anak2 yang soleh dan solehah..

Daripada sinipun kita tau yang hanya doa2 anak yang soleh sahaja yang dapat sampai syafaatnya kepada si mati..

doa orang lain tidak dapat mambantu si mati..

tahlil boleh dan sesuai dibaca asalkan niatnya betul..

Contohnya kita bacakan tahlil untuk oang yang masih hidup, yang sedang sakit..sebab apabila matinya sesorang, maka terputuslah dia dengan dunia..

Selain itu ada beberapa perkara yang boleh dikatakan bid’ah iaitu..

menghias masjid contohnya….masjid tempat untuk beribadat…

tapi menghiasnya berlebih-lebihan akan membawa kepada pembaziran..

ada baiknya ia disedekahkan kepada yang lebih memerlukan..

ada ape2 idea lagi x yang bersangkutan dengan bid’ah..

kongsi mari..

Lagi satu hadis yang ke6..

Berkenaan Halal dan haram..

Diantaranya halal dan haram itu adalah syubhat..

syubhat bermaksud samar2..atau meragukan kehalalannya..

erm..

contoh yang senang ialah makanan..

ada makanan yang tiada tanda halal…ia boleh dikategorikan syubhat..

Tapi syubhat ini bukan hanya pada pemakanan..

dari segi mata dan percakapanpun ada halal dan haramnya..

maka ada juga la syubhatnya…

kena la kita berusaha memeliharanya dan mengelakkan syubhat..

sebab, besar impaknya jika kite mengamalkan syubhat..

kita akan jadi gelap hati…

kite mudah lupe…

kite mudah untuk melakukan maksiat..

kite jadi liat untuk beribadah..

kite akan mudah marah..gagal mengawal perasaan dan emosi..

dan banyak lagi la effect nya…

Terima kaseh kepada yang sudi baca…

jangan baca sahaja..tapi fahami..

yang penting ialah cari sumber yang sahih dulu untuk merungkai sebarang keraguan..

cari hadis, cari ayat2 dalam AlQuran..

cari bukti..sebelum melakukan sesuatu perkara yang kita rasa ragu untuk melakukannya..

wallahuAlam..