Hmmm..

Apa yang berlaku nih..

Satu hari, sedang aku bersenang-senang di rumah aku menerima SMS dari kawan dari Johor.

Minta tolong carikan bilik sewa di bandar aku..

Memandangkan kawan aku ni xder sedara mara di bandar nih dan dah nasib die mendapat rezki kerja di sini.

Akupun menggerakkan jentera-jentera pencari maklumat rumah sewa.

Memula kat sekitar area kampungku saja.

Tapi memang FULL.

Takder kosong..Lagipun banyak yang x bagi kat pompuan.

So, at last aku mencari la iklan2 bilik sewa yang biasa di tampal di satu pusat membeli belah berhampiran kawasan rumahku.

Erm, dapat la 3 nombor.

Entah macam mana aku tertarik nak call nombor yang pertama..pemiliknya bernama *z*r*

So,aku call la masa lunch hour.

Aku bernasib baek jugak la sebab bilik maseh kosong.

So, aku cakap kat dia yang aku nak datang tgk rumah la.

Memula aku cakap malam tersebut.

Tapi sebab problem yang tak dapat dielakkan seperti kekecohan harga minyak naek menyebabkan kitorang x keluar umah.

huhu..

Macam mana lakdengan lagi 2 nombor?

Aku try gakcall…Erm.tapi dua2 dah ada orang sewa..

Cepat betul yer..

Sape cepat die dapat la gamaknyer..

huhu..

Esokkannya, kitorangpun gi la kawasan tersebut.

Merupakan kawasan rumah kedai

Di bahagian bawah ialah lot kedai sementara rumah2 sewa di bahagian atas.

Aku ke tingkat teratas sekali.

Alhamdulilah..

Pemilik no fon yang aku call tu pun cukup baek dan sekepala dengan aku dan aida.

Layan borak dekat satu jam.

Sempat bertukar2 email lagi.

Malam itu aku berjaya menambah kawan.

Alhamdulillah.

Kawan baruku ini pun baek dan pandai bergaul.

Mudah mesra.

Orangnya pun manis jer..

Tapi dah bertunang yer..

Semoga persahabatan yang terjalin berkekalan sampai bila2..

Tak sangka..

Cari2 rumah sewa terjumpa kawan..