Harga minyak naek juga akhirnya..

hoho..

Sebenarnya ada baek dan buruknya effect peristiwa bersejarah yang menyebabkan stesen petrol seluruh Malaysia agai berpesta dengan kenderaan-kenderaan sebelum tepat Jam 12..

Tapi biasa la..Semuanya akan nampak buruk belaka..

hoho..

ye laa.. hari2 mau keluar duit isi minyak kasi keter gerak..

Sekali naek sampai 30%, memang la terasa cepat surut duit di poket..

Di bawaah ni aku petik dari Utusan Online..Baca la sendiri tgk..

“Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.”

Daripada RM 1.92 SELITER..terus jadi macam di atas tuh..(Petrol..). Mana tak meriah stesen petrol..Semua mau isi penuh before rege naik..

Tapi aku memang jangka..Akan ada back up plan untuk menutupi ‘kemarahan’ rakyat Malaysia. Kalo x ada lak rusuhan ke apa..Untuk mengekalkan Malaysia sebagai negara yang aman dan tenteram..Sila la baca lanjutan daripada petikan akhbar nih..

Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal .”

“Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.”

“Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan,” katanya.”

“Perdana Menteri berkata bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.”

Katanya bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Ok gak la tuh kan..

Kiranya subsidi minyak akan dapat kat orng Malaysia. Takder la rakyat Malaysia bising dan jeles ngan rakyat negara jiran yang selama ini menikmati sama subsidi kerajaan kita..

Tul x?

Erm, itu antara kebaikan yang aku nampak la di sebalik kenaikan harga minyak nih..

Tapi keburukan tetap ada dan banyak diperkatakan. Terutamanya kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

Banyak lagi cerita lam artikel utusan Online tersebut dan x termampu nak diulas. Beberapa isu lain yang diberitakan ialah;

1) Bagi kenderaan n motor yang x termasuk lam skim bayaran tunai, cukia jalan akan dikurangkan kepada kadar tertentu bermula 1 JUN 2008.

2) Harga diesel adalah RM1 seliter untuk nelayan dan RM1.20 bagi pemilik vesel.

3) Bayaran RM200/bulan dan insentif bagi pekerja/pemilik vesel

4) Perubahan harga gas petronas bermula 1 Julai 2008

5)Kenaikan tarif elektrik..

6) Dan banyak lagi..

Sila baca Utusan Online yer untuk maklumat lanjut..

X pun pi beli je paper esok..

haha..

Huhu..pasni nak gi memana better naek bas or LRT jer la..

huhu..