BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA

Assalamualaikum wbt.
Walaupun 1 April dah berlalu beberapa hari yang lepas..
Aku terpanggil untuk berkongsi cerita di sebalik hari tersebut di sini..

Ikutilah cerita sedih di sebalik
April Fool’s Day sebagai renungan
bersama. Setiap kali
menjelang 1hb April, sesetengah orang
kita begitu
taksub dengan budaya ‘pandang ke barat’.

Berbalik kepada perayaan April Fool’s
Day ini, adalah
ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan
kerajaan Islam di
Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di
Granada, Sepanyol, kerajaan Islam
akhirnya runtuh
diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol
(Moors) terpaksa
berlindung di dalam rumah masing-masing
untuk
menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan
berusaha untuk
menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu
bahwa mereka
boleh berlayar keluar dari Sepanyol
dengan selamat
bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan
menggunakan kapal-kapal yang berlabuh
dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya
tawaran
tersebut merupakan suatu penipuan, telah
pergi ke
pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat
persiapan untuk
bertolak. Keesokan harinya (1 April),
mereka mengambil
semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke
pelabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian
mengambil kesempatan
untuk menggeledah dan kemudian membakar
rumah
penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki
kapal kerana
semuanya dibakar. Pihak Kristian
kemudiannya menyerang
kaum Muslim dan membunuh kesemuanya;
lelaki, perempuan
serta anak-anak kecil. Peristiwa
berdarah yang
menyedihkan ini kemudiannya diraikan
oleh tentera
Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap
tahun bukan
sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata
dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang
jahil
mengenai peristiwa ini turut meraikan
April Fool’s Day
tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang
tahun pembunuhan beramai-ramai saudara
seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu
taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah

Peliharalah Allah, nescaya Allah akan
memelihara
kamu….

wallahhua’lam