SOLAT ISTIKHOROH SEBAGAI SATU SARANA
MENDAPATKAN PETUNJUK TERBAIK

http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Definisi Solat Istikhoroh

Kata istikhoroh dalarn bahasa Arab
yang maknanya adalah الاستخارة iaitu
maksudnya mencari yang lebih baik.
(Lihat Lisanul Arab 4/259 cet. Dar
Ihya at-Turots Th. 1419H, dan al-
Mu’jam al-Wasith 1/261)

Manakala yang dimaksud Solat
Istikhoroh dalam istilah syar’i adalah
sholat yang dilakukan untuk memilih
yang lebih baik dari beberapa hal yang
hendak dilakukan atau ditinggalkan.
(Asal perkataan ini oleh Muhammad
Syamsul Haq al-Adhim al-Abadi dalam
Aunul Ma’bud 4/277, dan diringkaskan
dari Nailul Author 2/297, al-Majmu’
Syarh al-Muhadzab 3/377, Tuhfatul
Ahwadzi 2/482, dan Syarh Riyadhus
Sholihin oleh Ibnu Utsaimin 2/215)

Hukum Solat Istikhoroh

Para ulama bersepakat bahawa solat
Istikhoroh hukumnya sunnah dan tidak
wajib sebagaimana yang dikatakan oleh
Imam Nawawi, Imam as-Syaukani, al-
‘Iraqi dan lainnya. Perkataan bahawa
solat Istikhoroh tidak wajib telah
dikatakan sendiri oleh Rosulullah
dalam hadis-hadis yang sahih, dan oleh
kerananya para ulama mengatakan hukum
solat Istikhoroh adalah sunnah/tidak
wajib, mereka membawakan hadis-hadis
yang sahih seperti hadis yang
dikeluarkan oleh Imam Bukhari:

Dan Jabir bin Abdullah beliau
berkata: “Nabi mengajari kami (solat)
istikhoroh dalam segenap perkara
sebagaimana beliau mengajari kami
surah-surah al-Qur’an”, beliau
bersabda: “Apabila di antara kalian
berkeinginan/bermaksud terhadap suatu
perkara, hendaklah solat sunnah dua
rakaat bukan termasuk wajib, kemudian
berdoa (Lihat hadis ini);

دعاء صلاة الاستخارة :
عَنْ جَابِرٍ رضي الله عنه قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ
صلى الله عليه وسلم يُعَلِّمُنَا الاسْتِخَارَةَ فِي
الأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ
يَقُولُ : إذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ
رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ: (اللَّهُمَّ
إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ , وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ,
وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا
أَقْدِرُ , وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ , وَأَنْتَ عَلامُ
الْغُيُوبِ , اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ
(هنا تسمي حاجتك) خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي
وَعَاقِبَةِ أَمْرِي (أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي
وَآجِلِهِ ) , فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ
لِي فِيهِ , اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا
الأَمْرَ (هنا تسمي حاجتك) شَرٌّ لِي فِي دِينِي
وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي (أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي
وَآجِلِهِ) , فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ
لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ ) وَيُسَمِّي
حَاجَتَهُ وَفِي رواية ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ – ( رَوَاهُ
الْبُخَارِيُّ (1166))

Doanya:

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ , وَأَسْتَقْدِرُكَ
بِقُدْرَتِكَ , وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ
تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ , وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ , وَأَنْتَ
عَلامُ الْغُيُوبِ , اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا
الأَمْرَ (هنا تسمي حاجتك) خَيْرٌ لِي فِي دِينِي
وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي, فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي
ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ , اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ
هَذَا الأَمْرَ (هنا تسمي حاجتك ) شَرٌّ لِي فِي
دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي, فَاصْرِفْهُ عَنِّي
وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ
ارْضِنِي بِهِ

Atau:

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ , وَأَسْتَقْدِرُكَ
بِقُدْرَتِكَ , وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ
تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ , وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ , وَأَنْتَ
عَلامُ الْغُيُوبِ , اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا
الأَمْرَ (هنا تسمي حاجتك) خَيْرٌ لِي فِي عَاجِلِ
أَمْرِي وَآجِلِهِ , فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ
بَارِكْ لِي فِيهِ , اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ
هَذَا الأَمْرَ (هنا تسمي حاجتك ) شَرٌّ لِي فِي
عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ , فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي
عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ

(Rujukan:
http://saaid.net/bahoth/41.htm)

Transliterasi Doa:

Allaahumma inni astakheeruka
bi ‘ilmika wa astaqdiruka bi qudratika
wa as’aluka min fadlikal ‘adziim, fa
innaka taqdiru wa laa aqdir, wa
ta’lamu wa laa a’lam, wa
anta ‘allaamulghuyoob. Allaahumma in
kunta ta’lamu anna haadzal-amra
[dinyatakan apa yang diminta]
khayrulli fi diinii – wa ma’aashii
wa ‘aaqibati amri – (atau: ‘aajil amri
wa aajilihi) faqdurhu li wa yassirhu
li tsumma baarik lii fiihi. Allaahumma
wa in kunta ta’lamu anna haadzal amro
[dinyatakan apa yang diminta]
sharrullii fi diini – wa ma’aashi
wa ‘aaqibati amri – (atau: ‘aajili
amri wa aajilihi) – fasrifhu ‘anni
washrifnii ‘anhu – waqdur lilkhayr
haytsu kaana tsummaradinii bihi

Terjemahan (Doa):

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon
pilihan kepadamu dengan pengetahuanmu,
aku memohon keputusanmu dengan
kekuasaanmu dan aku memohon kepadaMu
dengan keutamaamu yang besar.
Sesungguhnya engkau berkuasa dan aku
tidak berkuasa, Engkau Maha Mengetahui
hal-hal yang ghaib. Ya Allah! Apabila
Engkau mengetahui bahawa urusan ini
[dinyatakan hajatnya] baik bagiku
dalam agamaku, penghidupanku dan akhir
urusanku (masa dekat dan masa depan
urusanku), maka takdirkanlah dan
mudahkanlah bagiku kemudian berkatilah
aku didalamnya. Apabila Engkau
mengetahui bahawa urusan ini buruk
bagiku dalam agamaku, penghidupanku
dan akhir urusanku, (masa dekat dan
masa depan urusanku), maka
singkirkanlah ia dariku atau
singkirkanlah aku darinya, dan
takdirkanlah kebaikan bagiku dimana
jua, kemudian jadikanlah aku redha
dengannya” (Hadis Riwayat Bukhari,1166)

Bilakah Disunnahkan/Dituntut Melakukan
Solat Istikhoroh

Disyari’atkan/Disunnahkan/Dituntut
melakukan solat Istikhoroh apabila
seseorang berkehendak melakukan atau
meninggalkan suatu perkara baik
perkara besar atau kecil, dan dia
mendapati keraguan, kesamaran atau
ketidaktahuan akibat baik atau buruk
baginya di masa yang akan datang,
seperti pernikahan, safar (bepergian),
hutang-piutang, jual-beli, sewa-
menyewa, membuka usaha, atau
seumpamanya.

Al-Mubarakfuri berkata (Dinukil secara
ringkas dari Tuhfatul Ahwadzi oleh al-
Mubarakfuri, 2/482): “Perkataan Jabir
bin Abdullah: “Rasulullah mengajari
kami solat Istikhoroh dalam segenap
perkara…” menunjukkan bahawa solat
Istikhoroh disyariatkan ketika
menghadapi semua perkara, baik kecil
atau besar, dan seseorang tidak boleh
meremehkan suatu perkara, walaupun
menurutnya ia remeh, sehingga
meninggalkan syari’at solat
Istikhoroh, dan melakukan perkara yang
dianggap remeh padahal akibatnya
sangat besar baginya baik keuntungan
atau kerugian, atau manfaat dan
madharatnya.”

Muhammad Syamsul Haq al-Adhim al-Abadi
berkata (Dinukil secara ringkas dan
Aunul Ma’bud 4/278): “Perkataan
Nabi: “Apabila ada di antara kalian
berkeinginan/bermaksud…,”
menunjukkan bahawa solat Istikhoroh
disyariatkan bagi siapa saja yang
benar-benar bermaksud melakukan atau
meninggalkan apa yang terlintas
dibenaknya tetapi dia tidak mengetahui
akibatnya, bukan bererti setiap yang
terlintas dibenaknya. Apabila setiap
yang terlintas dibenaknya harus solat
Istikhoroh, maka setiap waktu
seseorang harus solat Istikhoroh
sehingga waktunya habis hanya untuk
solat Istikhoroh, akhimya ibadah yang
lain ditinggalkan, dan kegiatan lain
yang bermanfa’at pun terabaikan
lantaran setiap orang selalu terlintas
dibenaknya berbagai masalah setiap
saat.”

Solat Istikhoroh hanya dilakukan
apabila seseorang ragu atau tidak tahu
akibat dan perkara yang akan dilakukan
atau ditinggalkan, adapun perkara yang
sudah diketahui akibat baiknya atau
akibat buruknya, maka tidak
disyari’atkan untuk solat Istikhoroh,
lantaran maksud dari istikhoroh adalah
mencari yang lebih baik dari suatu
perkara. (Lihat Syarh Riyadhus
Sholihin oleh Ibnu Utsaimin 2/511-512)

As-Sayyid Sabiq berkata: “Istikhoroh
hanya disyariatkan pada masalah yang
asal hukumnya mubah, adapun perkara
yang wajib atau sunnah, maka sudah
diketahui bahwa hal itu berakibat
baik, diperintahkan untuk dilaksanakan
dan berpahala. Demikian juga perkara
yang haram dan makruh, maka hal itu
sudah diketahui bahwa akibatnya buruk
dan diperintahkan untuk
meninggalkannya, serta diancam dengan
adzab Allah. Dan sini kita mengetahui
bahwa tidak disyari’atkan sholat
Istikhoroh dalam perkara wajib,
sunnah, haram dan makruh, karena semua
itu telah jelas akibat baik dan
buruknya”. (Dinukil secara bebas dari
Fiqh as-Sunnah 1/199, demikian juga
dikatakan oleh Salim bin ‘Ied al-
Hilali dalam Bahjah an-Nadhirin Syarh
Riyadh as-Sholihin, 2/43)

Solat Istikhoroh boleh dilakukan untuk
perkara wajib atau sunnah, tetapi
bukan dilakukan untuk mencari akibat
baik atau buruk dan perkara yang wajib
atau sunnah tersebut (lantaran akibat
dan perbuatan wajib dan sunnah sudah
jelas baik, dan berpahala), hanya saja
dilakukan seperti untuk menentukan
waktu terbaik pelaksanaan perkara
wajib, atau ingin mendahulukan yang
terbaik dari beberapa perkara sunnah
yang hendak ia lakukan.

Suatu contoh, seseorang yang mempunyai
tanggungan puasa Ramadhan, maka ia
tidak perlu beristikhoroh untuk
menentukan apakah qadha’ puasa baginya
baik atau buruk, kerana sudah jelas
hukum mengqadha’ puasa Ramadhan adalah
wajib dan berpahala, tetapi ia dapat
beristikhoroh apabila ragu menentukan
hari untuk mengqadha’ puasanya.

Contoh lain, seseorang penuntut ilmu
yang dihadapkan pada dua pilihan
misalnya, antara mengambil kursus
kejuruteraan komputer dan kursus
kejuruteraan kimia, maka ia tidak
perlu beristikhoroh tentang baik atau
buruknya kedua ilmu tersebut kerana
jelas semuanya berakibat baik dan
berpahala, akan tetapi ia dapat
beristikhoroh bagi memilih yang
manakah terbaik di antara keduanya
untuk masa depannya dan kelancaran
pembelajarannya.

Antara Istikhoroh Dan Musyawarah

Istikhoroh adalah perkara yang
disyariatkan sebagaimana musyawarah
juga disyariatkan, sebagaimana firman-
Nya;

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا
غَلِيظَ الْقَلْبِ لانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ
وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ
فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ (
١٥٩)

Maafkanlah mereka, mohonkan ampunan
bagi mereka, dan bermusyawarahlah
dengan mereka dalam segenap perkara.
Apabila engkau telah membulatkan
tekad, maka bertawakallah kepada
Allah.” (QS. Ali Imran 3: 159)

Syaikh ibnu Utsaimin berkata:

Istikhoroh (meminta yang terbaik) itu
kepada Allah, sedangkan musyawarah itu
meminta pendapat kepada orang-orang
yang soleh atau kepada mereka yang
berilmu dalam urusan yang dihadapi.
Oleh kerana itu disyaratkan bagi orang
yang hendak bermusyawarah untuk
memilih orang yang mempunyai dua
kriteria, iaitu;

Pertama, dia adalah seorang yang bijak
(mampu membantu dan memberi pendapat
yang baik). Hal ini lantaran seorang
yang bermusyawarah memerlukan
pandangan yang baik dan paling
sesuai/benar untuk kemaslahatan
(kebaikan) dirinya samaada di dunia
atau di akhirat.

Kedua, dia adalah seorang yang soleh
(menjaga agamanya). Lantaran orang
yang tidak soleh adalah orang yang
tidak menjaga agamanya dan biasanya
tidak menjaga amanah dan rahsia orang
lain walaupun orang tersebut bijaksana
(memiliki pendapat yang bernas).

Apabila setelah melaksanakan solat dan
doa istikhoroh tetapi tidak tampak
mana yang lebih baik, maka dianjurkan
bermusyawarah dengan orang yang soleh
dan bijaksana. Kemudian apa yang
disarankan kepadanya insya-Allah
itulah yang lebih baik baginya, kerana
suatu saat Allah tidak menampakkan
kepada seseorang suatu kebaikan dan
tidak menjadikan hati seseorang
condong/cenderung kepada suatu perkara
hanya dengan istikhoroh, tetapi Allah
menjadikan hatinya condong kepada
salah satu hal yang diragukan setelah
bermusyawarah.”

Cara Solat Istikhoroh

Solat Istikhoroh dilakukan seperti
solat sunnah yang lain iaitu sebanyak
dua rakaat, sama ada siang atau malam
hari (selama sedang memerlukan
petunjuk), dalam setiap rakaatnya
membaca al-Fatihah dan surah apa saja
yang sudah dihafal, lalu mengangkat
tangan sambil berdoa dengan doa
istikhoroh yang diajarkan oleh Nabi
seperti yang telah
disebutkan/dibentangkan di atas (dalam
hadis Bukhori dari jalan Jabir Bin
Abdulloh). (Asal perkataan ini oleh
Ibnu Baz dalam Majmu’ Fatawa wa
Maqolat Mutanawwi’ah, 11/421)

Adakah Dalam Solat Istikhoroh Ada
Bacaan Khusus/Tertentu?

Imam Nawawi mengatakan: “Disunnahkan
pada raka’at pertama setelah al-
Fatihah membaca surat al-Kafirun dan
raka’at ke dua setelah al-Fatihah
membaca surat al-Ikhlash” (al-Majmu’
Syarh al-Muhadzdzab 2/377), hal ini
didasari oleh maksud orang yang
beristikhoroh supaya mengikhlaskan
niatnya hanya kepada Allah, sehingga
yang patut dibaca adalah dua surat
tersebut.

Sedangkan al-Hafiz al-’Iraqi
mengatakan (Perkataan ini dinukil dari
Tuhfatul Ahwadzi 2/484): “Aku tidak
menjumpai satu hadis pun tentang
penentuan bacaan surah-surah khusus
dalam solat Istikhoroh.”

Dan keterangan di atas jelaslah
bahwasanya pendapat yang lebih kuat
adalah tidak adanya ketentuan surah-
surah yang dibaca ketika solat
Istikhoroh, lantaran tidak ada
keterangan dari Rasulullah akan hal
itu, dan mereka yang mensunnahkan
surah-surah tertentu tidak
mendatangkan dalil al-Qur’an dan
Sunnah, sehingga kita katakan
disunnahkan setelah membaca al-Fatihah
di masing-masing raka’at untuk membaca
surah apa saja dari al-Qur’an yang
telah dihafal.

Berkata Ibnu Bazz (Majmu’ Fatawa wa
Maqolat Mutanawzvi’ah
11/421): “Hendaknya (orang yang solat
Istikhoroh) membaca al-Fatihah di
setiap raka’at dan membaca surah apa
saja yang mudah.”

Bilakah Doa Istikhoroh Dibacakan?

Doa Istikhoroh boleh dibaca samaada
sebelum salam atau selepas salam
selepas solat dua roka’at.
(Sebagaimana fatwa Syaikhul Islam Ibnu
Taimiyah dalam Majmu’ Fatawanya 12/105)

a. Sebelum salam

Adapun dibolehkan membaca do’a
istikhoroh sebelum salam ini
berdasarkan:

1. Kebanyakan doa Nabi dalam sholat
dilakukan sebelum salam (setelah
tasyahud akhir), seperti yang
dijelaskan oleh Abu Hurairoh, beliau
berkata: “Nabi bersabda: Apabila
kalian selesai dari tasyahud yang
terakhir, hendaklah berdo’a meminta
perlindungan kepada Allah dari empat
perkara, iaitu mengucapkan (maksudnya);

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu
dari azab neraka Jahannam, dan azab
kubur, dari fitnah kehidupan dan
kematian, dan dari fitnah al-Masih ad-
Dajjal. (Hadis Riwayat Bukhari 1377,
dan Muslim 588)

2. Demikian juga Rasulullah mengajari
Abu Bakar tatkala beliau minta
diajarkan do’a yang boleh dibaca dalam
solatnya, lalu Nabi memerintahkan
beliau untuk membaca (maksudnya);

Ya Allah sesungguhnya aku telah
menzalimi diriku dengan kezaliman yang
banyak, tidak ada yang mengampuni dosa-
dosa kecuali Engkau, maka ampunilah
aku dengan ampunan dari-Mu, dan
rahmatilah aku, sesungguhnya Engkaulah
yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (Hadis Riwayat Bukhari 834
dan Muslim 3/7/27)

3. Dalam Hadis Jabir bin Abdullah,
Rasulullah tidak menentukan tempat
dibacanya doa istikharah apakah harus
dibaca sebelum salam atau setelah
salam.

b. Sesudah salam

Sedangkan dibolehkan doa Istikhoroh
dibaca sesudah salam berdasarkan zahir
hadis yang menunjukkan doa tersebut
dibaca sesudah salam, sebagaimana Nabi
bersabda (yang ertinya): “Apabila di
antara kalian berkeinginan/bermaksud
terhadap suatu perkara, hendaklah
solat sunnah dua rakaat bukan termasuk
wajib, kemudian berdo’a…”

Berkata Ibnu Baz: “Sholat Istikhoroh
hukumnya sunnah, dan do’a istikhoroh
tempatnya setelah salam sebagaimana
(zahir) hadis yang telah datang dari
Rasulullah” (Majmu’ Fatawa wa Maqolat
Mutanawwi’ah 11/421422). (Demikian
juga difatwakan oleh Lajnah Da’imah
dalam Fatwa no. 10666)

Apa Yang Dilakukan Setelah Solat
Istikhoroh Dan Bermusyawarah?

Imam Nawawi r.h. berkata (Perkataan
Imam Nawawi (dinukil secara bebas) ini
dinukil oleh Imam Syaukani dalam
Nailul Author 2/298): “Setelah
seseorang melakukan solat Istikhoroh,
sebaiknya dia menjalani apa yang dia
rasakan lapang dadanya terhadap
perkara tersebut baik meneruskan
maksudnya atau meninggalkannya.”

Kemudian beliau melanjutkan
perkataannya:

“Bagi orang yang hendak beristikhoroh
hendaklah ia menghilangkan kecondongan
hatinya terhadap suatu perkara sebelum
melakukan solat dan doa Istikhoroh,
dan tidak selayaknya bersandar kepada
adanya kecondongan hati sebelum
istikhoroh, kerana apabila ada
kecondongan hati sebelum istikhoroh,
lalu dia melakukan istikhoroh, bererti
dia tidak beristikhoroh, kerana
istikhoroh dilakukan ketika bimbang
dan meminta dipilihkan yang terbaik
dari Allah untuknya.”

Boleh Mengulang Solat Istikhoroh Dalam
Satu Perkara

Ibnu Utsaimin berkata (Dinukil secara
bebas dari Syarh Riyadhus Sholihin
oleh Ibnu Utsaimin 2/515): “Setelah
melakukan solat dan do’a istikhoroh,
apabila merasa lapang dadanya terhadap
suatu perkara baik meneruskan atau
meninggalkan, maka inilah yang
diharapkan, tetapi apabila tetap
bimbang dan tidak merasa lapang
dadanya, maka dia boleh mengulangi
solat dan doa Istikhorohnya ke dua
kali, ke tiga kalinya, dan seterusnya,
hal ini lantaran orang yang
beristikhoroh adalah orang yang
meminta petunjuk kepada Allah akan
kebaikan yang akan dia lakukan
sehingga apabila tidak jelas baginya
kebaikannya atau tetap ragu maka dia
boleh beristikhoroh berulang kali.”

Adakah Tanda-Tanda Dikabulkannya
Permintaan?

Sebahagian orang berkata: “Setelah
melakukan solat dan doa Istikhoroh,
maka akan datang petunjuk dalam
mimpinya, maka diambil pilihan
sebagaimana mimpinya,” oleh kerana itu
ada sebagian orang berwudhu’, lalu
melakukan solat dan doa istikhoroh,
kemudian terus tidur (mengharap
petunjuk datang melalui mimpi), bahkan
sebahagian mereka menyengaja memakai
pakaian berwarna putih (supaya
bermimpi baik), semua ini hanyalah
prasangka manusia (yang tidak ada
dasarnya). (Lihat Bahjah an-Nadzirin
Syarh Riyadhus Sholihin oleh Syaikh
Salim bin led al-Hilali 2/44)

Kesimpulan

1. Rasa bimbang, ragu, dan ketidak-
tahuan baik dan buruknya suatu perkara
adalah hal yang wajar, kerana semua
itu termasuk tabiat dan keterbatasan
manusia.

2. Solat Istikhoroh adalab solat yang
dilakukan untuk minta petunjuk kepada
Allah kebaikan perkara yang sedang
dihadapi.

3. Para ulama bersepakat (ijma’)
bahawa solat Istikhoroh hukumnya
sunnah.

4. Solat Istikhoroh disunnahkan bagi
segenap perkara baik besar atau kecil,
selama seseorang bimbang atau ragu
ataupun tidak mengetahui maslahatnya
di masa akan datang/terkemudian.

5. Apabila sudah terdapat kecondongan
hati atau mengetahui tentang baiknya
perkara (dari awal lagi), maka tidak
disunnahkan beristikhoroh, ini kerana
solat Istikhoroh itu dilakukan adalah
bagi tujuan meminta petunjuk, dan
Allah memerintahkan hambanya yang
telah melaksanakannya supya bertawakal
kepada Allah.

6. Istikhoroh disunnahkan dalam
perkara-perkara yang asalnya mubah,
adapun perkara wajib dan sunnah, maka
tidak disunnahkan istikhoroh, ini
kerana kebaikannya sudah jelas adanya,
sebagaimana perkara haram dan makruh
tidak disunnahkan istikhoroh kerana
keburukannya sudah jelas adanya.

7. Tidak terdapat dalil yang sah
tentang pengkhususan bacaan surah-
surah al-Qur’an dalam solat Istikhoroh.

8. Doa Istikhoroh boleh dibaca dalam
solat (sebelum salam) atau di luar
solat (sesudah salam)

9. Dibolehkan mengulangi solat
Istikhoroh dalam satu perkara apabila
diperlukan.

10. Ketenangan hati dan kelapangan
dada kepada suatu perkara setelah
melakukan solat istikhoroh adalah
tanda petunjuk dari Allah, dan tidak
terdapat dalil yang sah tentang
keharusan melihat mimpi setelah
beristikhoroh.

Demikianlah yang dapat dibentangkan
dari beberapa penjelasan/keterangan
para ulama tentang solat Istikhoroh,
mudah-mudahan kita mendapat petunjuk
dari Allah sehingga kita dapat
melangkah sesuai dengan apa yang
digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya
dan mendapatkan yang terbaik dan sisi-
Nya dengan jalan taat dan istiqomah di
atas landasan-Nya, amiin.

Disunting dari Tulisan Abu Ibrohim
Muhammad Ali & Majmu’ah Tholabah
Ma’had as-Sunnah Pasuruan, Majalah al-
Furqon 72, Edisi 1 Tahun ke-7, 1428
(2007), m/s. 34-39 Oleh Nawawi Bin
Subandi untuk blog http://fiqh-
sunnah.blogspot.com.