Macam-macam peristiwa yang aku lalui sepanjang tahun 2007 ini..
Ada yang pahit sangat..
Ada yang manis sangat..
Ada yang macam2 rasa..

Tapi setiap orangpun akan melalui hidup ini dengan masalah2 sebagai ramuan kehidupan..
semua orang ada masalah dalam hidupnya..
Terpulanglah kepada kebijaksaan masing2 bagaimana nak menangani masalah tersebut..
Hidup takkan bermakna tanpa masalah..
Bak kata orang..
Hidup ini umpama roda yang berputar..
Adakalanya kita gembira.. berada di atas..
Adakalanya kita diduga dengan masalah.. berada di bawah…
Kita kena percaya pada Qada dan QadarNya..
Sentiasa berusaha dan kemudian bertawakkal..

Kadang2 kita sendiri buntu macam mana nak settle kan masalah2 yang mendatang..
Tapi ingatlah..
Allah tidak akan membebankan kita dengan perkara yang tidak mampu dipikul..
Setiap masalah itu pasti ada jalan keluarnya..
Cuma kadang kala kita x nampak jalan tu..
Padahal sebenarnya jalan tu lurus je..
Apabila kita berjaya mengatasi masalah tertentu dengan baik, kita akan rasakan satu kepuasan..
Kita akan rasa hidup ini lebih bermakna..

Dalam lebih kurang 2 minggu lagi, 2007 akan menjadi sejarah..
Selamat datang 2008
Harapan aku hidup ini akan diberkati dan diredhai Illahi..
Harapanku tahun 2008 memberi aku kehidupan yang lebih baek..
InsyaAllah..