Resipi hari ni ialah..
Gulai ikan keli..

Penyediaan Bahan..

Blender cili kering,bawang merah kecil dalam 6 ulas dan kunyit..
ikan keli yang dah disiang dan direndam dengan air asam dan sebiji limau kasturi..
1 sudu beras yang ditumbuk halus..
Lengkuas dan bawang putih seulas..
Daun kaduk..
Santan..
Asam keping 3 keping..
Garam dan (gula sedikit untuk org kelantan)
Ajinomoto sikit..

Cara-cara memasak..

Panaskan santan..
Masukkan bahan yang telah di blender…
Masukkan asam keping..
Kacaukan ia sekali sekala..
Masukkan lengkuas,bawang putih dan beras yang ditumbuk tadi..
masukkan garam dan (gula sedikit)….
kacau sikit2 dan biarkan panas..
Masukkan daun kaduk…
Bila mendidih,masukkan aji sikit..
Siap..

Ini cara simple nak wat gulai..

Sekian, terima kasih..