Hari ni aku masak makanan lain plak..
Takkan la hari2 sama jer kan..
hehe..

Resipi hari ni ialah..
Asam pedas daging..

minyak dalam setengah cawan..
Tumbuk kasar bawang putih 3 ulas, bawang merah kecil 6 ulas dan halia seinci..
Cili giling dalam 2 sudu besar..
Asam jawa sebesar bola pingpong..
Potong daging dalam sekilo..
Garam dan (gula sedikit untuk org kelantan)
Ajinomoto sikit..

Tambahan..
kentang dipotong 8..
Daun kesum..

Cara-cara memasak..

Panaskan minyak..
Masukkan bawang dan halia yang ditumbuk kasar..
Kacau hingga kekuningan..
Kemudian masukkan pula cili giling..
Kacaukan ia hingga naik bau..
Kemudian masukkan daging..
Kacau sekali sekala..
Biarkan air daging mengering sedikit..
Bila dah kering sikit air daging, masukkan air sehingga paras separuh periuk(lebih sedikit)..
Masukan juga air asam jawa..
kacau sikit2 dan biarkan panas sikit..
Bila dah agak panas, masukkan kentang..
Kemudian masukkan garam..(orang kelantan suka tambahkan gula sikit)..
Biarkan sehingga mendidih..
Bila mendidih,masukkan daun kesum dan aji sikit..
Siap..

Ini cara simple yang aku belajar dari sifu norzam (mak aku ler..)

Semalam juga aku belajar wat solok lada makanan orang kelantan tu..
Ini adalah resipi ringkas macam mana nak wat solok..

RAMUANNYA..
Bawang puteh seulas..
Halia sedikit..
Bawang merah 6 ulas..
Lada hitam dalam 10 butir..
seekor ikan kembung yang dan siap dibakar(disalai)
Kelapa parut(putih jer) sebiji..
cili besar secukupnya..
Garam..
gula..

Cara2 memasak..

Tumbuk lada hitam dulu sehingga halus..
Kemudian, baru tumbuk bersama bawang, halia dan isi ikan kembung sehingga lumat..

CAMPURKAN ramuan yang ditumbuk ini dengan kelapa parut..
Guaulkan bersama garam dan gula secukupnya sehingga sebati..

Kemudian belahkan sedikit beberapa cili besar untuk menyumbat ramuan yang telah digaul tadi..
Sumbatkan ramuan yang digaul sebati tadi ke dalam cili besar2 tersebut secukupnya.
ulang sehingga bahanramuan telah habis..
Susun dalan periuk dengan bahagian yang disumbat ramuan menghadap atas..
Isikan sedikit air masak ke dasar periuk tersebut..
Tutup periuk tersebut dan kukuskan solok dengan api sederhana selama 5 minit..
Siap..