Hmm…
Aku baru jer baca paper hari ini..
Tengah syok membaca, aku tertarik dengan isu pemakanan anak-anak di taska.
Katanya,kebanyakan ibu-bapa tidak menitikberatkan pemakanan anak-anak di taska.
Ini meyebabkan kebanyakan taska menyediakan makanan yang tidak berkhasiat kepada
kanak-kanak ini.
Kebanyakan taska tak berdaftar atau dalam erti kata lain tidak diiktiraf kerajaan.

Aku tertarik dengan isu ini sebab isu ini mengingatkan aku masa zaman aku bersekolah
tadika dulu.
Masa tu aku dengan kakak aku belajar di Tadika Islam.
Tiap-tiap hari kami jalan kaki ke situ.
Jarak ke tadika tu kira-kira setengah kilometerlah.
Berbekalkan 20 sen setiap hari.
Kalau masa rehat tu kitorang tunggu budak-budak lain habis makan.
tau tak kenapa?
Kitorang makan lebihan nasi diorang sebab tak mampu nk beli makanan.
20 sen tu mana cukup untuk beli makanan.

Dulu kat tadika tu ada kantin.
Tak macam tadika atau taska lain.
Kena beli makanan sendiri.
Tak seperti taska sekarang..

Pernah sekali tu kitorang lewat datang ke tadika.
Pintu pagar dah tutup.
Tadika tu tak ada Guard.
Korang nak tau tak apa yang kitorang buat.
hehe..
Kitorangpun bagi salam cam nak melawat jiran.
Jerit kuat-kuat.
At last,Ustazah yang tolong bukakan pintu pagar.
Kesian dia..Tengah syok mengajar,kitorang datang mengganggu.
hehe..

Bila ingat balik..memang indah kenangan di zaman kanak-kanak.
Lepas tengahari…
Semua dah lesap..
Kitorang gi main sampai lewat petang.
Kitorang gi kutip tin-tin aluminium banyak2..
Lepastu gi jual kat kedai besi buruk.
Duit tu kitorang wat beli makanan ringan.

Kadang2,aku wat pertandingan.
Lumba lari..
Aku siap bungkus makanan tu macam hamper kecik.
Juara dapat hamper besar sket.
Ala nilainya paling tinggipun lam rm1.
Last-last,semua orangpun dapat rasa hamper juara tu
termasuk la aku.
Hampeh!