Penatnyer rasa..
Masa first day kelas rekabentuk aku ngan member2 kesayangan aku
macam bersemangat je nak gi kelas.
Muka masing-masing semuanya ceria.
Dalam ceria-ceria tu aku agak terkilan gak la kat dua kawan aku ni.

Teringat peristiwa malam sebelum ni.
Aku ngan Nana terpaksa membuang sedikit nasi yang berlebihan.
Ye la..
Kitorang masak nasi untuk 4 orang tapi yang nak makan hanya 2 orang je..
gile ape..
Kitorangpun bukan sengaja nak membazir nasi.
Biasanya mereka kan datang makan kat bilik aku ngan Nana.
Memula tanak nasi dalam kul 7.30 mlm.
Dalam kepala fikir mereka akan datang lepas maghrib.
Tapi,tunggu punya tunggu tak sampai2.
Kitorang dah antar massage,misscall tapi tak balas.
Biler jam dah menganjak ke angka 9 memang sahlah diorang ni takkan datang.
Macam mana la nak abiskan nasi nih..?
Pastu hajatnya nak minta Jetlin tulong beli lauk.
Telur goreng 2 bijikpun jadi la..
Tapi minah tu tak reply lak massage aku.

Pastu Nana try ushar bilik Jetlin.
Tetiber je black out..
Dah la aku sensorang kat bilik.
Cuak gak aku..
Rasanya lilin ada lagi kat rak.
Tapi tang mancis tu tak dapat la dipastikan.
Kalo adapun tak tau elok lagi ke tak.
Pastu try ar hidupkan mancis tu.
Sib baik idup gak.
Akupun pegang je la lilin tu.
Tak tau nak letak kat mana.
Bilik aku dah pakai tikar getah.
Sayang nak cacatkannya.
Tetiba Nana buka pintu bilik.
Pastu dia cakap jetlin dah tukar nombor kat aku.
Patutpun tak reply..
Tapi dia cakap Jetlin ada lauk.
So,apalagi aku ngan Nana usung la rice cooker tu turun bilik Jetlin.
Sib baik Jetlin ada lampu keselamatan.
Terang la sikit.
Ada la lauk sambal ayam ngan sup.
Diorang kata beli kat Kedai Pak Ali.
Aku tau kedai tu sebab pernah makan kat sana.
Area Taman U gak.
Masa makan tu rasa cam makan kat kampung je.
Suram dan sunyi.
Maklum la takde current.
Kitorangpun tak berapa nampak apa yang kitorang dok makan.

Tak lama lepas tu.
BEKALAN ELEKTRIK ELOK BALIK.
Tapi kitorang still lepak kat bilik Jetlin.
Takder apa nak buat.
Report untuk kelas sebelum ni dah anta.
Esoknya dah masuk modul baru.
Dah lama tak berborak panjang dengan Jetlin.
Biliknya kat aras lain .
Lagipun dia tercampak ke kumpulan lain.
Macam-macam topik yang disembangkan .
Cerita pasal Sure Heboh..
Pasal Bengkel..
Pasal balik kampung..
Semuanya keluar.
Siap ada rakaman video guna camera digital Madah.
Best gak kalo ada kamera digital ni ..
Nanti nak beli satu la..
Hmm..
Berangan je la dulu ek..

sib baik la dak2 tu ada dalam usaha untuk menghabiskan nasi yang ditanak lebih tu.
Walaupun tak habis sekurang-kurang tak banyak sangat.
Ada la dalam sekepal yang terpaksa dibuang.
Takpe la..nak wat camane kan..

Sampai je kat Fakulti kitorang dah berkira-kira nak naik lif.
Tapi ada satu bendayang pelik kat lif tu menyebabkan kitorang ragu-ragu nak guna.
Nombor2 kat luar lif tu tak nyala langsung.
Kitorang ingatkan rosak.
Kitorang lepak dulu kat tepi tu.
Ttibe lif tu terbuka.
Alamak macam mana ni..
Nak naik ke tak?
Chong ada kat situ.
Apalagi kitorangpun suh la dia naik lu.
Sebenarnya nak suruh dia test dulu.
Kalo dia sampai atas tu maknanya elok la lif tu.
Tapi macam mana nak tahulif tu OK kr tak?
Hmm,
Muncul la budak comel kat situ.
Kitorang suh Pip la plak naik.
Kalo lif tu bukak pasni maka eksperimen yang kitorang buat tu berjaya ar..

Hehe..

Sampai jer kelas kitorang lepak la lu dalam tu.
Masa tu tak ramai yang dah sampai.
Tapi En Fabilah tu dah ada.
dia kasi kitorang sign attendence dan dua contoh report.
Apalagi berrebut la nak tengok isinye.
Tebal la plak reportnya.
dAPAT 90% LA..
Nampak cam susah jer..
Pastu biler semua dah ada baru dia wat briefing..
Then kitorang dibahagi kepada 4 group.
Kitorang nyer group sumer galz..
Memula aku tak dapat terima kenyataan.
Ye la bekerja sesama perempuan ni payah sikit sebab
Perempuan ni memang agak cerewet.
Pastu mesti kalo bleh nak ikut kepala sendiri.
Takut la plak kan.
Aku kalo dah masuk group galz ni kena jadi pengikut la.
Itu la yang paling bagus.
Kalau diorang bagi arahan baru aku buat.
Tak nak pentingkan diri la.
Dan akhirnya berjaya gak taktik aku tu sebab aku mula rasa lebih selesa bekerja
dengan diorang.
Hasilnyapun mambanggakan jugak la sebab kitorang dapat siapkan
report tu dalam masa dua hari je.
Ada la dalam 30 page.Sedangkan En Fabilah kasi
tempoh tiga hari untuk hantar repot tersebut.
Mana tak cepat semua orang berhempas pulas dan tidur lewat pagi
semata-mata nak siapkan tugas memasing.
Biler tengok report yang dah siap diprint dan dibinding kat Cybersix
pukul 12.05 malam,Rasa puas hati sebab penat lelah berbayar juga.

Aku sebenarnya takut untuk bekerja dengan perempuan sebab
perempuan ni lain sikit cara bekerjanya.
Sentiasa serius dan nak buat semua cepat-cepat.
Pendek kata semuanya kena pantas.
Aku ni dah la jenis yang suka rileks.
Wat slow-slow.
Maintain cool..
Tapi aku tau aku perlu menyesuaikan diri dengan keadaan.
Jangan nak pentingkan diri je..
Akukan dah 20 tahun.
Patut dah pandai nak kawal diri sendiri.
Matang dalam membuat sebarang kerjadan dalam berfikir.

So,kirenyer aku berjaya mengatasi konflik diri la nih..
Aku dah boleh dikatakan matang di dalam bertindak la ni yek…
Kata orang’bertindak mengikut arahan’
Betul ke?
Ke hanya perasaan aku jer..
hehe..
Takper..
Ni baru permulaan..
Lepas ni aku kena la jadi lebih baik.
Siapa lagi nak puji kalo tidak diri kita sendiri.
Ini salah satu bentuk motivasi diri yang perlu ada pada semua orang.
Tapi jangan lak melampau.
Itu dah masuk golongan PERASAN..
HAHAHA..