Aku baru je balik dari KL.
Aku bermalam di sana selama lebih kurang 3 hari..
Masa balik tu ada beberapa agenda yang telah aku rangka..

Kalau ikut pada rancangan tu
Hari pertama aku akan ke pesta Buku bersama putera.
hari kedua aku akan habiskan dengan keluarga.
Hari terakhir aku akan pergi gathering kat Mid Valley..
Wah..Memang penuh ar jadual aku..

Aku pegi SP naik teksi ngan 3 lagi member aku.
Aku dah berkira-kira nak dapatkan tiket balik ke JB petang tu juga.
Takut tiket habis..
Maklumlah masa tu heboh dan kecohlah dengan masalah
diesel yang dah makin meruncing..

Sampai jer SP kitorangpun jalan reramai pegi kat tempat aku ngan Putera beli tiket..
Nak sahkan no.bas yang akan kitorang naiki.
Sesampai jer..
Pakcik tukang jual tiket tu layan dengan baik sekali..
Suruh lelepak dulu..
Siap kasi air mineral sorang sebotol..
Biasa ar tuh..

Pastu kitorang tinjau ar kat satu arah..
Tetibe jer diorang cakap nampak Putera
Dalam masa yang yang sama handset aku berbunyik..
Aku ushar lagi mamat yang diorang tunjuk tuh..
Sahlah..
Orang tuh tengah buat call..
Gaya jalanpun memang sama..
Die lah tu..
Akupun jawab ar..
Suh dier gi kat tempk kitorang lelepak..
Masa tu cuaca cam tak seceri mana..
Ala2 suam gitu..
Awanpun macam makin hitam jer aku tengok..

Pas rehat beberapa minit.
Dia ajak aku tanya tiket balik ke JB..
Bas Transnational..
Ala kaunternyer pun kat situ gak..

Aku sampai lambat sket..
Apatah Putera cakap kat operator tu..
Kakak Operator tu cakap ada 20 seat lagi untuk tiket 3 ptg..
Akupun kire setuju jer lah
Aku ingat tiket 2hb mei..
rupa-rupanya itu tiket 1hb Mei..
Putera salah mention tarikh kat kakak tu..
Apa lagi putuslah harapan..
Dengan langkah longlai kitorang dapatkan member2 aku yang
lain menyampai berita yang tak berapa manis nih..

Takper ar..
SampaI KL nanti kena la gi dapatkan tiket terus..
risau juga sebab bayangkan tiket Trans pun leh habis cepat..
Memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang tak best tu maka aku ngan
rela hati menawarkan diri membeli tiket..
kirenye aku ngan putera akan beratur dan menggagau mencari tiket..

Sebenarnya kitorang try gak ushar tiket kat pusat tiket lain tapi
sumer takder service tiket pergi balik..
So,terpaksa beli kat Pudu juga la..

Aku bertolak dari JB kira-kira pukul 4.30ptg la.
Sepatutnya kul 3.45 dah gerak tapi biasalahkan janji melayu..
Aku balik dengan 4 orang lagi iaitu putera,Mimah,Mai dan Nina.
Perjalanan balik tU OK la..

********************************************************************

Alamak..ramai giler orang..
begitu la situasi kat Puduraya..
Masa tu jam aku menunjukkan pukul 9 lebih kot..
Memang ramai sangat manusia yang keluar masuk Puduraya tuh..
Memang hari ni rsa cam balik raya jer sebab meriah semacam je..
kitorangpun gi la ke kaunter Konsortium..
Kena beratur la plak.
Si Putera lak beratur kat line plusliner..
Mana la tau Konsortium nyer tiket takder..
Tapi barisan die tak sepanjang barisan aku..
Sekejab je..
Dia datang kat aku bagitau takder tiket..
Yang hampehnyer Konsortium pun takder tiket gak..
Alamak macam mana ni?
Dalam otak aku dah pikir yang bukan-bukan..
Terpaksa balik lambat atau amik tiket malam..
Dalam pada tu aku try tanya kat Jebat..

fuh..nasib baik ada..
Tapi..
Harganya macam nak cekik leher aku jer..
Kul 4 tiketnyer RM35..
Gile mahal..
Pastu kitorang wat la muka kesian..
Then dia kasi tau tiket kul 6 RM30…
Putera pandang aku mintak kepastian..
Aku dah tak peduli paper dah..
Janji dapat balik JB hari Isnin.
Sebab Selasa kitorang ada kelas..
Mana bleh tak pegi..
Terpaksa la keluar duit lebih sket..
Nasib baik Mimah ngan Mai dah kasi RM30 sorang..
Persediaan memandang keadaan sekarang yang agak meruncing..
Terketar-ketar tangan aku nak ulur duit RM120..
Bayaran tiket untuk 4 orang..
Putera pakai duit dier la..

Putera cakap sumer ni satu konspirasi..
Ye ar sumer nak tunggu bulan Mei baru nak jual tiket tu..
Sebab masuk jer bulan 5 harga tiket automatik naik..
Ni kira nak untung lebey lar nih..
Itu la dunia perniagaan sekarang..
Hanya mementingkan keduniaan..
Tanpa menyedari telah menganiaya beribu-ribu orang..
Termasuk aku..
Ye la..
Student pun nak berkira ker..
bukan student jer yang rasa sakitnya..
Orang yang idup cukup makan jer rezeki yang ada
terpaksa berjimat semata-mata nak memuaskan kemaruk syarikat bas..
Manusia hari ni dah makin hilang nilai-nilai mulia dalam diri..
Terlalu mengikut telunjuk nafsu
Mengetepikan akal yang benar..
Wallahualam..