Hmmm….
Hari ni last day aku kena duk kat tempat grinding..
Kitorang sampai dalam kul 9 pagi..
Masuk jer bengkel nampak technician yang take over kelas kami..

Tapi dia cakap kelas start 9.30..
Dia cakap kalo nak try gune grinding machine leh juge..
So,akupun try ar guna..
Dia cuma bagi command jer dan aku lar yang kena hidupkan machine tu..
Memula tu cuak ar gak..
At last,suke la plak…
Dak2 lain pun mula sampai coz jam dah dekat kul 9.30..S
emua pakat try guna machine tu..
Kalo diorang tak reti Aku la kena cakap coz aku dah tau gune..
Tapi memang menarik ar pengalaman yang kutempuh pagi ni..

Ingat kan kitorang kena wat menatang tu je hari ni..
Rupenye ada lagi perkara yang dia nak ajar..
Cara nak guna tooling cutter..
Sebenarnya mesin tu ar yang digunakan untuk wat mata alat..
Baru lar aku tau..

Habis dia wat demo,kitorang nyer kelas abis lar..
Technician tu memang best giler ar..
Seronok ar belajar ngan dia.Pasni aku akan wat casting lak..
Tak tau ar nasib kelas kami yang seterusnya.Sabar jer lah..

………..#…………

Wei,ko simpan barang kat ner.
Kat s24 ker?Ko tak nak letak kat s19 yer..

Aah,aku letak kat sana.

Aku nak letak kat s19 ar.Barang aku banyak sangat.Nanti tak muat lak letak kat sana.
Biler ar nak minta kunci stor?

Kalo nak kena minta petang ni ar..

Biler lak aku nak turun bawah ni.Malas la..

Memang barang aku banyak sangat.
Maklum lar tak pernah nak bawak balik barang ke rumah.
Tapi suker sangat amik jer barang.

Kak Syikeen bagi nota.Aku ambik.
Minta lagi orang kat umah post barang.
Balik pulak jarang2.
Pastu kalo tulis nota tak der istilah ‘jimat space’ ni.
Sudahnya,orang lain baru satu buku aku dah nak masuk 3 buku…
Macam mana tak banyak barang..
Huhu..

Untuk buku jer muat2 satu kereta.
Blum lagi baju yang berlambak2 tu.
Pakainyer baju yang sama gak..
Hmmm..
rasa cam nak buang jer buku2 yang banyak tu..
Tapi sayang lak..Mana tau akan datang nota tu diperlukan.
Takpun leh kasi junior pakai..

Last2 sumbat jer lar dalam stor..
Kena Rm 10.Itupun klentong cakap ader 3 kotak.
Memang betul pun tapi satu kotak tu macam 3 kotak besarnya.
Aku rasa itu kotak peti sejuk kot..
Takpun kotak mesin basuh..
Agaknya lar kan..

……………#………….

Hmm,barang untuk simpan stor dah settle.
Pasni nak angkut barang ke s15 lak..
Sian kat Putera kena tolong aku angkat barang..
Sewa kereta sebab nak mengangkut barang2…
Aku memang dah tak terdaya nak menguruskan barang aku tu sensorang.
Lagipun dia yang offer diri..

Awak,awak kat ner 2?

kat bilik ar..

Dah kemas barang dah?

Tengah kemas lar ni.Awak kat ner 2?

Kat bilik.Awak ngangkut barang ngan aper?

Nana kater nak sewa keta.

Tadi Nana lagi satu tepon minta tolong angkat barang.

Abis awak nak tolong dier.Tak nak tolong saya.

Tu lar saya tepon ni.Awak nak saya tolong tak?

Nak lar.Biler awak nak tolong.

Sekarang dah pukul 3.Hmm,dalam kul 3.30 ker..

kul 4 lar awak.Awal sangat tu.Tak siap agi nih..

Tapi tak sure lagi dapat keta ke tak?

Kalo tak leh tak per ar..

Nanti saya call awak.

K awak,bye.Assalamualaikum…

Waalaikumsalam..

Masa nak isi barang dalam keta untuk di bawa ke s15 tu
memang aku agak musykil
sebab memang tak muat keta tapi dia kater boleh jer..
Sampai akupun kena riba rak tingkat tempat letak makanan.

Last2,bonet keta tak leh nak tutup.
Masa nak jalan tu nampak la 3 member baik aku.
Diorang naik keta gak tapi diorang dari s15.
Nak tolong aku lar kononnya.
Akupun dengan bangganya buat bahasa isyarat.
Nak bagitau barang semua dah abis diangkut.
Tapi diorang masih lagi melambai2 kat aku.
Aku lak wat bodoh jer..
Memang tak perasan ape yang berlaku.

Tetiba Putera tekan brek.
Dia kata bonet keta terbuka.
Akupun kuar lar.
siap mengusung rak makanan tu keluar keta
n then letak kat tepi jalan.
Sebijik macam minah yang kena halau kuar dari rumah teksi sewa.
Siap duk kat tepi jalan.

Ingatkan diorang datang nak amik sket barang dari keta yang aku naik.
Agar bonet dapat ditutup kemas.
Si Putera denga penuh confident trus keluarkan satu kotak
yang menjadi punca bonet gagal ditutup dan
trus serah pada member aku farah.
Tetiber Mai datang nan muka konfius bawak kain tudung ngan tikar.
Eh,Itu tikar aku..Tudung aku..
Biler plak sampai kat diorang lak.
Bukan tadi aku dah masukkan dalam keta.

Rupe2nya tadi diorang lambai sebab bonet terbuka.
Dan
Rupe2nya biler bonet tu terbuka maka terbang lar tikar ngan tudung aku
tu terbentang di jalan..
Punyer lar malu aku ..
Tapi sib baik dapat cover..
Sib baik ar tudung yang jatuh..
kalo yang dalaman jatuh.
Bukan ke lagi haruk jadinyer..
Dah la depan tu blok pelajar ATMA.

Itulah kenangan lucu yang tak mungkin dapat kami lupakan.
Memang malam tu jer aku kena nganjing ngan dak2 tu
sampai aku rasa dah tak larat nak ketawa
sebab membayangkan betapa selambanya muka aku masa peristiwa tu berlaku.
Rasa cam tengah berlakon cerita lawak yang disaksikan oleh 3 member aku tu..
Diorang kater aku nak berkelah di tengah jalan..
sebab tinggalkan tikar atas jalan.
Siap bawak kuar rak makanan lagi..
Kuikui!

The moral of the story is
jangan bawak banyak sangat barang dalam keta.
Jangan bawak kuar rak makanan dari keta dan letak tepi jalan.
Lastly pandu cermat jiwa selamat..

Akhir kata..
Majulah sukan untuk negara!