Sekarang final pun dah berlalu dan
aku akan menempuh semester seterusnya.
Maknanya dah setahun aku di UTM ni.

Macam-macam kenangan yang tak mungkin
dapat aku lupakan sepanjang setahun aku menjadi budak U.
Seawal aku masuk untuk orientasi lagi.
Sebenarnya time awal aku sampai kat UTM ni.
Aku rasa sangat risau,takut,
gembira tu adalah sikit sebab aku dah jadi budak U.
Tapi aku masa tu tetiba jadi homesick.
Macam tak pernah duduk kat asrama plak.
Padahal dari form 4 lagi aku dah jadi dak hostel.
Entah lah…Mungkin sebab cuti lama kot.
Sebab tu aku jadi takut tuk berjauhan ngan family.
Sib baik kau tak dapat study overseas.
Kalo tak aku rasa dah meraung aku kat KLIA tu..
huhu..

Memula tu dapat lar aku pendam perasaan tu
sebab diorang ada lagi ngan aku.
Tapi bila diorang blah nak balik KL.
Aku tetiba sayu tapi sorry lar.Aku tak tunjuk langsung.
Tak caye tanya roommate aku..
Memang berlagak giler aku time tu.

Tapi bile orientasi bermula barulah aku lupakan semua.
Aku memang join betul2 lar semua aktiviti kecuali..
HEHE..Kuliah subuh..
Subuh kat bilik jer..
Kuikui…

Memang tak der paper yang tak menarik masa minggu orientasi.
Semua best.
Rugi woo..siapa yang suka monteng time orientasi.
Time tu jer kite dapat mengenal UTM.
Lepas tu kalo nak tau kena lar rajin menanya.

Tapi yang tak best sangat tu.
Makanan dier..
Ada yang tak menarik.
Kenkadang kitorang tak makanpun.
Makan free…(sebenarnya bayar sekali ngan yuran)
Memang tak berapa menarik.

Pepun dari situ lar aku mengenal UTM
dengan lebih mendalam.
Masa tu lar aku mengenal DSK,Kompleks Sukan,Surau,Kafe,DSI,MSI…
Masa tu juga aku mengenal Balai Cerap.
Punya lar penat nak daki untuk sampai ke Balai Cerap tu..
Ingatkan menarik sangat.
Rupanya macam bangunan yang tak digunakan.
Buruk giler.Tapi yang bestnyer angin kat situ nyaman.
Pemandangan pun indah.Dari situ akan nampak Pusat UTM.
Fakulti akupun leh nampak dari situ.

Masa tu aku tak kenal lagi fakulti aku..
FKM..
sebab petang tu baru lar kitorang dibawa ke fakulti untuk taklimat.
Masa tu aku dah rasa dah mesti orang tu ingat aku nyer nama tu lelaki.
Masa dia sebut nama tu dier gi tempat lelaki.
Terpaksa la aku angkat tangan.
kalo tak tak dapat aku fail pelajar tu.
patut lar..tak der binti..
Hmmm..
Susah gak kalo nama cam lelaki ni kan..

Yang best sangat tu kitorang kena berarak beramai-ramai gi DSI..
Ingatkan dekat je.
Rupenye jauh…bile jalan kaki.
Dah lar kena pakai cam baju sekolah.
Baju kurung putih dengan kain gelap.
Siap kena pakai skarf lambang UTM lagi..
Itu yang tak tahan tu..
Rasa cam terserlah ke’skema’an aku
Hahaha..

Bila lagi nak tunjuk kan..
Lepas ni dah takder ar istilah skema
Lagi-lagi dak meki cam aku ni..
Gi kuliah tak der pakai-pakai kad metrik ni.
Koman-komanpun simpan dalam beg jer.
Keluarkan bila nak masuk PSZ jer..
Kuikui..

Kesimpulannya,orientasi memang banyak memberi manfaat
lagi2 pada insan yang jenis tak amik pusing
pasal perkembangan semasa di UTM.
Sekurang-kurangnya basic pasal UTM ada daripada buta tuli langsung.
Kan ke malu kat orang kalo
U sendiripun tak kenal..
Huhu..