Sahabatku…
Aku bersyukur memiliki cintamu,
Sahabatku…
Aku gembira memiliki sayangmu,
Cinta seorang sahabat,
Tak mungkin pudar,
Sayang seorang sahabat,
Seribu tahun tak mungkin terpadam.

Sahabatku,
Betapa setianya kau bersamaku,
Meniup semangatku,
Membelai jiwa sepiku,
Saatku ketawa,Kau turut suka,
Tikaku berduka,Kau turut menangis,
Nilai persahabatan itu,
Tiada setara dengan segunung intan,
Lebih luas dan dalam dari 7 lautan.

Sahabatku,
Disaatku bersamamu,
Hati yang gundah jadi lapang,
Jiwa yang kosong jadi terisi,
Jalan yang gelita terang benderang,
Begitu hebatkah kuasa persahabatan?
Cinta sahabat cinta mulia,
Cinta kekasih belum tentu bahagia.

Sahabatku,
Ketahuilah,
Hanya sahabatlah,
Yang paling memahami,
Hati sahabatnya,
Bukan kekasih.